Skip to main content

contoh pengajaran abakus

3.3 Laporan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (Abakus) Dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik memilih dan menyediakan resos yang sesuai bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif merupakan suatu elemen yang sangat penting . Guru perlu sedar tentang peranan resos dalam meningkatkan pemahaman konsep serta pemikiran matematik murid-murid. Dengan penggunaan resos yang sesuai dan menarik, murid akan lebih berminat dan seronok untuk belajar matematik. Daripada 3 jenis resos yang telah kami kenalpasti, kami telah membuat keputusan melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan resos abakus. Abakus dipilih kerana resos ini memberi impak yang besar kepada murid pada peringkat permulaan pembelajaran matematik. Antara kelebihan penggunaan abakus adalah dapat meningkatkan kemahiran pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik dalam kalangan murid. Murid juga dapat mengira dengan pantas, meningkatkan penggunaan otak kanan murid dan penglibatan semua deria utama murid ketika mengendalikan abakus. Aktiviti yang kami telah rencanakan adalah berdasarkan silibus Matematik Tahun 2 KSSR. Manakala standard pembelajaran adalah berdasarkan sub topik berikut : 1.4) Menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang nombor dengan menggunakan abakus 4:1. 2.1) Menambah sebarang dua nombor dengan menggunakan abakus. 2.2) Menambah sebarang tiga nombor dengan menggunakan abakus. 3.1) Menolak sebarang dua nombor dengan menggunakan abakus. Aktiviti yang kami telah sediakan juga bersesuaian dengan kemampuan murid tahun 2 kerana soalan, nota dan kaedah pengajaran telah kami rujuk daripada Modul Abakus Kementerian Pelajaran Malaysia. Kami telah menyusun soalan daripada tahap pengenalan sehingga peringkat pemikiran kompleks. Ini dapat meningkatkan daya kreativiti murid dalam menyelesaikan masalah menggunakan abakus. Selain itu, langkah pelaksanaan juga telah dirancang dengan sebaiknya. Pada permulaan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menerangkan kepada murid mengenai sejarah dan kepentingan penggunaan abakus dalam kehidupan harian. Seterusnya, murid akan diterangkan mengenai nilai tempah dan digit bagi sebarang nombor menggunakan abakus. Setelah menerangkan cara penggunaan abakus, murid dibahagiakan dalam kumpulan berempat kerana kami ingin membawa pendekatan pembelajaran secara kolaboratif. Kemudian, guru menunjukkan demosntrasi menggunakan abakus melibatkan 2 hingga 3 nombor. Dalam pembelajaran kolaboratif, guru berfungsi sebagai pemudahcara iaitu membantu dan memantau aktiviti murid. Berdasarkan aktiviti yang kami telah hasilkan, murid perlu berbincang dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kemudian mereka perlu membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas bersama demonstrasi penggunaan abakus. Melalui aktiviti ini, semua murid akan terlibat secara langsung dalam kelas hasil pembentangan rakan-rakan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

asgment mte 3105

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH) SEMESTER 3, AMBILAN JUN 2011 INSTITUT: INSTITUT PENDDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK NAME PELAJAR:   SUBJECT: STATISTIK   (MTE 3105) GROUP: AMBILAN JUN 2011 Tarikh kuatkuasa: Interaksi1 (23 Jun 2012)                              Tarikh Serahan: Interaksi ke 3 ( Ogos 2012) Pada akhir kerja kursus ini, pelajar-pelajar boleh : (i)          mencari persamaan regresi linear dengan menggunakan kaedah garis lurus kuasa dua terkecil. (ii)         melukiskan garis persamaan pada gambarajah serakan. (iii)    ...

SURAT MEMOHON SUMBANGAN PIBG

                                                                                                  Unit Kokurikulum Sek Keb Seksyen 18, Jalan Cucur 18/13, 40200 Shah Alam, Selangor. Kepada, Yang Dipertua PIBG,                                              ...

SKEMA PERMARKAHAN SUKANTARA

SKEMA PERMARKAHAN UKURAN/JARAK/KETINGGIAN SUKANTARA TAHAP 2 UNIT KOKORIKULUM-UNIT SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18 40200 SHAH ALAM,   SELANGOR DARUL EHSAN ACARA KELAS PENCAPAIAN MASA / JARAK / KETINGGIAN MARKAH CATATAN LONTAR PELURU LELAKI TAHUN 4 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 PEREMPUAN TAHUN 4 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 LELAKI TAHUN 5 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 PEREMPUAN TAHUN 5 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 LELAKI TAHUN 6 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 PEREMPUAN TAHUN...