jurnal reflektif bahasa melayu selepas pnp
Jom berkongsi ilmu untuk membuat refleksi di dalam kelas selepas pengajaran dan pempelajaran. 
JURNAL REFLEKTIF PENGAJARAN
| 
Jurnal
  Reflektif Pengajaran | 
Tahap
  Refleksi | 
| 
Saya
  masuk ke kelas 1 Amanah dengan penuh yakin dan bersemangat. Saya telah
  merancang pengajaran yang hendak diajar pada hari ini dengan  
     Pada awal pengajaran saya menerangkan secara
  ringkas aspek-aspek yang terdapat dalam pantun. Semasa pengajaran berlangsung
  saya banyak menggunakan teknik soal jawab. Saya mendapati pelajar memberikan
  kerjasama yang baik semasa soalan diajukan. Beberapa orang pelajar mengangkat
  tangan untuk menjawab soalan tersebut. Salah seorang daripadanya ialah
  Nazlida. Namun ada beberapa orang pelajar tidak dapat menjawab dengan tepat
  latihan yang telah diberikan.  
     Saya terpanggil untuk mengetahui apakah
  sebenarnya yang berlaku. Adakah pelajar tidak faham dengan apa yang telah
  diterangkan oleh saya? Adakah pengajaran saya terlalu cepat sehingga pelajar
  tidak dapat mengikutinya? Adakah kaedah yang saya gunakan tidak memberi kesan
  kepada pelajar-pelajar? Dan pelbagai soalan lain lagi yang bermain di fikiran
  saya. Setelah menerima jawapan daripada seorang pelajar barulah saya sedar
  bahawa ada pelajar yang tidak faham maksud pantun tersebut. 
     Saya menyedari bahawa untuk memahami
  sesebuah teks pantun pelajar haruslah mempunyai pengetahuan dari segi membuat
  huraian  terhadap sesuatu maksud
  pantun. Namun saya yakin bahawa penerangan daripada guru semata-mata tidak
  dapat membantu pelajar untuk memahami maksud tersirat di sebalik pantun. Saya
  rasa pelajar patut mengetahui kaedah lain untuk memahami maksud pantun
  tersebut.  
     Pada minggu  akan datang saya akan mengajarkan maksud pantun
  secara terperinci dalam tempoh masa yang lebih panjang dengan memberi lebih
  banyak penerangan maksud pantun kepada pelajar. Aktiviti latih tubi perlu
  diberi lebih kerap supaya pelajar dapat mengusai maksud sesebuah pantun. Saya
  berharap dengan cara ini pelajar akan dapat memahami maksud pantun dengan
  lebih baik. | 
Refleksi
  deskriptif 
Refleksi
  Dialog 
Refleksi
  Kritikal 
 (Kefahaman
  baharu) 
(Tindakan) | 
aku laaaaa
zul
tel.:
fax:
tel.:
fax:
aku laaaaa
zul
tel.:
fax:
tel.:
fax:
Tags:
pendidik