MLM:MALAM LARUT MALAM? TARA KUCA CAAA TARA KU CA CAA ..HAHAHAHHA
MLM:MALAM?
MLM:MALAM LARUT MALAM? TARA KUCA CAAA TARA KU CA CAA ..HAHAHAHHA
MLM: MELAYU LAWAN MELAYU?
MLM:MELAYU LANYAK MELAYU?
 ape lagi anda tahu bila dgr perkataan MLM ni?
Selalunya mereka ini hanya memberi 
pandangan atas bacaan mereka, pengalaman dan cerita daripada kenalan 
serta ahli keluarga mereka sendiri. Namun, pandangan yang telus adalah 
daripada mereka yang benar-benar menjalani perniagaan MLM ini secara 
sendirinya dengan cara yang betul.
Boleh dikatakan ramai di luar sana yang 
takut, fobia ataupun sensitif mendengar perkataan MLM ini. ermm nak berkongsi sikit:
1. Fobia Skim Terlalu Melampau Cepat Kaya
Ramai yang terjerumus di dalam skim 
sebegini sebab ada Leader @ Upline yang berupaya memanipulasikan pelan 
pemasaran syarikat. Syarikat hanya menyediakan beberapa pakej tetapi 
Leader @ Upline sebegini berupaya mereka plan sendiri untuk mendapat 
jumlah jualan yang besar dan cepat.
Namun apa yang ada di atas kertas 
tidaklah mudah untuk direalisasikan kerana duplikasi sebegini tidak akan
 menjadi dengan senang sekali. Ada masa ketika pada bulan seterusnya 
ahli yang ikut Leader @ Upline sebegini tidak layak untuk dapat komisyen
 dan masih perlu keluarkan duit untuk maintainance bulan berikutnya. 
Modal permulaan berpuluh ribu pun masih belum balik modal.
Ramai juga yang terpedaya sebegini lalu 
menuduh syarikat dan juga industri MLM sebagai sesuatu yang kejam dan 
jahat. Walhal mereka yang menunjukkan sikap tamak mereka berani 
keluarkan modal dan ikut telunjuk Leader @ Upline yang tamak.
2. Geng Orang Cari Orang
Ya MLM memang perniagaan yang kena cari 
orang dan bukannya kena cari haiwan ataupun makhluk-makhluk halus lain 
yang bertempiaran di sana sini. Alasan ini sangat famous digunakan oleh 
mereka yang menolak MLM dan bagi saya ianya satu alasan yang tidak 
munasabah. Jika anda menjalankan perniagaan biasa pun, pelanggan anda 
adalah orang. Ya orang dan sekali lagi bukannya haiwan.
Salesman dan promoter juga tidak 
munasabah untuk menggunakan alasan ini sebagai alat untuk menolak MLM. 
Hari-hari mereka tercari-cari pembeli, client untuk produk dan servis 
syarikat yang menggajikan mereka. Pada pertama kalinya memang mereka 
yang mendapat komisyen tetapi pada bulan seterusnya, syarikat pula yang 
dapat. Adil?
3. Modal Terlalu Besar dan pembelian ulangan
Sebenarnya MLM adalah perniagaan yang 
sepatutnya bermula dengan modal yang sangat kecil dan potensi pendapatan
 yang sangat besar. Modal yang saya sarankan adalah di bawah RM3,000. 
Jangan sesekali termakan pujuk rayu Leader @ Upline tamak yang 
menjanjikan pulangan yang lumayan.
Modal permulaan di antaran RM500 – 
RM1000 adalah normal dan ini jauh lebih rendah sekiranya anda ingin 
membuka perniagaan lain seperti kedai burger, kedai makan dan lain-lain.
 Kedai burger pun sekurang-kurangnya RM5,000 untuk dapatkan kedai burger
 yang betul-betul ada masa depan dan serius berniaga.
Anda boleh mendapat pulangan modal 
sekiranya anda berjaya menjual produk tersebut. Malah anda boleh dapat 
keuntungan yang lebih besar sekiranya anda bijak dan faham konsep MLM @ 
network marketing yang sebenarnya. Guna produk untuk diri sendiri pun 
boleh jadi jutawan! Ini bukan rekaan dan ianya kenyataan.
Anda boleh jadi jutawan dengan menjual burger, tetapi bukan dengan hanya sebuah kedai burger. Renung-renungkanlah.
4. Tidak Cukup Masa & Tidak Pandai Berniaga
 Syarikat MLM tidak pernah mewajibkan 
anda untuk bekerja 8-10 jam sehari untuk bergiat di dalam MLM. Masa 
anda, anda yang tentukan! Ini adalah sumber pendapatan sampingan yang 
boleh menjadi sumber pendapatan terbesar di dalam hidup anda. Anda bebas
 melakukannya pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.
Jadi tiada isu tidak cukup masa kerana 
kita semua sedar yang ramai orang memang suka membazir masa dengan 
perkara-perkara yang tidak penting. Sejam sehari, seminggu 5 jam pun 
sudah memadai untuk anda mendapat pendapatan lebihan sebanyak RM2000 
sebulan. Ini tidak termasuk dengan gaji pekerjaan tetap anda. Anda harus
 sedar satu sumber pendapatan tidak cukup untuk keluarga & masa 
depan anda!
Jika tidak pandai berniaga, anda harus 
belajar sehinggalah anda pandai. Anda ingin mendapat jawatan yang lebih 
tinggi daripada apa yang ada sekarang pun anda kena jadi lebih bijak dan
 pandai bukan? Anda sedar atau tidak institusi tempat anda bekerja 
sekarang ini mendapat keuntungan daripada kepandaian anda bekerja. Ada 
keuntungan bermakna berlakunya urus niaga!
5. Kayakan Orang Atas Saja
Ini juga antara alasan yang paling 
famous. Anda ingin tahu siapa yang mula-mula cakap perkara sebegini? 
Boss anda sendiri! (Bagi mereka yang bekerja) Boss seperti ini 
sememangnya tidak menggalakkan anda membuat kerja sampingan selain anda 
selesaikan semua tugasan dan kerja yang dia (boss) berikan.
Ya lah, kerja pun full-time @ sepenuh 
masa. Jadi memang layak dia berkata begitu, tapi anda harus berwaspada 
kerana dia hanyalah boss di waktu anda bekerja dari 8am sehingga 5pm. 
Kalau anda tidak kerja dengan baik, boss anda tidak mampu membayar duit 
bulanan kereta, rumah dan lain-lain. Begitu juga dengan pemilik 
syarikat.
Di dalam carta organisasi pejabat anda, 
siapa yang paling kaya? Barisan atas atau barisan bawah ya? Cuba anda 
fikirkan sedalam-dalamnya.
MLM sememangnya memperkayakan orang atas
 tetapi sesiapa yang berada di bawah boleh jadi lebih kaya daripada yang
 atas. Saya gunakan perkataan kaya hanya kerana ianya merupakan isu dan 
alasan. Di dalam MLM, siapa yang rajin dialah yang paling banyak 
mendapat keuntungan.
Tapi tidak boleh lawan keuntungan 
syarikatlah. Syarikat bukan MLM pun begitu bukan? Mustahil pekerja lebih
 kaya daripada pemilik syarikat. Jadi jika anda takut orang atas anda 
lebih kaya, maka rajin-rajinlah bekerja dan berniaga. Tapi persoalannya 
di syarikat MLM ataupun bukan MLM?  
 
Saya harap artikel ini tidak mengguris 
hati sesiapa dan ini hanya sekadar ingin membuka mata orang ramai yang 
tidak mengetahui fakta sebenar-benarnya. Sebarang persoalan dan 
kemusykilan boleh diajukan pada ruangan komen di bawah.
aku laaaaa
zul
tel.:
fax:
tel.:
fax:
Tags:
hal2 lain