jurnal matematik
PENGGUNAAN ICT DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK DI KALANGAN GURU-GURU PELATIH
UTM
Noor Mazlan Ahmad
Zanzali & Noraziah binti Kassim@Aziz
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia
ABSTRAK  :  Kajian  ini  dijalankan  bertujuan  untuk  meninjau
 penggunaan
 Information
Communication  Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Matematik di kalangan  guru  pelatih
 Universiti
 Teknologi
 Malaysia
 (UTM).
 Tiga
 aspek
 telah
 dikaji
 bagi
menjawab   persoalan   kajian 
 iaitu 
 kelebihan   menggunakan   ICT   dalam  
P&P   Matematik, kelemahan penggunaan ICT dalam P&P Matematik dan  masalah-masalah yang dihadapi oleh guru  pelatih  UTM  dalam
 menggunakan
 ICT
 dalam
 P&P
 Matematik.  Sampel  kajian  terdiri daripada lima orang
guru pelatih UTM yang menjalani
latihan mengajar
di  sekolah-sekolah berhampiran. Kajian ini menggunakan dua teknik tinjauan
iaitu temubual dan cerapan
terhadap guru pelatih. Analisis
data dilakukan dengan
menggunakan analisis
kualitatif. Dapatan kajian mendapati
 guru-guru
 pelatih
 kurang
 meggunakan
 ICT
 dalam
 P&P
 Matematik.  Ini  adalah disebabkan  oleh   faktor-faktor   luaran  seperti  kemudahan
 ICT
 yang
 tidak
 sempurna
 dan
ketidaksesuaian isi pengajaran yang  telah
tersedia. Beberapa
usul telah dikemukakan kepada
pihak yang terlibat iaitu tenaga
mahir, guru pelatih dan
 pihak sekolah
bagi memantapkan
lagi penggunaan ICT dalam P&P
Matematik.
ABSTRACT : The purpose of this research is to study
the use of Information
Communication Technology (ICT) in
Mathematics teaching
and learning processes among the trainee teachers.
Three  aspects  were  studied  to  answer
 the
 questions  of  this  research.  The  aspects
 are
 the
advantages uses of the ICT in Mathematics’ teaching and learning, the disadvantages uses of the ICT
in Mathematics’ teaching and learning
and the problems in the use of ICT in Mathematics’
teaching and learning.
This research samples consist of five trainee teachers who are teaching in
nearby schools. There
were two technique used for this research: observations and interviews. The research shows that the trainee teachers do not frequently using ICT in their teaching
and learning of Mathematics. This is because of the external factors
such as lack of ICT’s facilities and contents of learning are not suitable
for the learning session. A few suggestions are given to the expertise, trainee teachers
and school to further consolidate the use of ICT in teaching
and Learning of Mathematics.
Katakunci : Information
Communication Technology (ICT), Mathematics
PENGENALAN
Kerajaan  Malaysia  melalui
 Kementerian  Pelajaran
 Malaysia
 (KPM)
 menekankan  bahawa penyaluran  maklumat
 yang
 lebih
 berkesan
 khususnya  dalam  bidang  Sains  dan  Matematik seharusnya menggunakan  peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat. Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar
kepada kaedah yang lebih canggih
iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal
display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah.
Dalam era digital ini, komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.
Salah satu penggunaan Information Communication Technology (ICT)
dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P)  ialah  melalui
 penggunaan
 komputer.  Di  negara  kita  pengetahuan
 dan
 penggunaan
komputer di sekolah semakin
berkembang.
Guru  dan   pelajar 
 juga 
 digalakkan   melayari   internet   sebagai 
 sumber   tambahan 
 untuk mendapatkan
 maklumat untuk tujuan P&P.
Selain daripada perisian
untuk pengajaran Sains, Matematik dan bahasa
Inggeris  yang
dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran, guru-guru boleh mengambil inisiatif
membina perisian mereka sendiri dengan menggunakan komputer riba yang
juga dibekalkan oleh Kementerian
Pelajaran menurut Kassim Abbas
(2006).
Manakala CD-ROM
(Read Only Memory) atau ingatan baca sahaja cakera
padat merupakan salah satu media
 yang dapat digunakan untuk membantu proses P&P.
penggunaan CD-ROM sama pentingnya dengan penggunaan buku rujukan. Malah kerana saiznya yang kecil ia mudah
disimpan dan dengan dibawa.
Isi  kandungannya pula lebih banyak dapat disimpan. Gabungan elemen teks, grafik,
audio, video dan animasi menjadikannya lebih menarik serta memudahkan
pemahaman tentang
sesuatu konsep menurut Ismail Zain, (2003).
PERNYATAAN MASALAH
Para pendidik
perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berasaskan
teknologi maklumat
dan komunikasi  kerana penggunaan ICT dalam proses P&P di UTM sudah lama digunakan, maka sudah pasti timbul pelbagai reaksi
mengenai penggunaannya walaubagaimanapun fakulti pendidikan (FP) sudah dilengkapi dengan segala  prasarana ICT seperti kemudahan projektor, kemudahan akses internet yang baik serta makmal-makmal komputer, malah para pendidik
juga turut  dibekalkan  dengan  komputer  masing-masing.
 Pihak
 yang
 berkaitan
 perlu
 mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu agar proses P&P
berasaskan ICT dapat berjalan dengan lancar.  Justeru  itu  fokus
 kajian
 adalah
 kepada
 mengenalpasti  sejauhmana  bakal-bakal
 guru
mengaplikasikan penggunaan
ICT disekolah. Adakah penggunaan ICT ini dapat membantu para
pendidik dan pelajar dalam proses P&P, sumber ICT yang digunakan
dan masalah-masalah yang
dihadapi oleh para pendidik dan pelajar dalam
menggunakan ICT dalam P&P.
OBJEKTIF KAJIAN
i.          Mengenalpasti kelebihan penggunaan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Matematik.
ii.          Mengenalpasti kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Matematik.
iii.        Mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh guru-guru
pelatih dalam menggunakan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Matematik.
KEPENTINGAN
KAJIAN
i.          Mendedahkan keperluan sebenar guru dan pelajar bagi menjayakan proses pengajaran
dan          pembelajaran     seterusnya     meningkatkan     pencapaian     akademik     disamping
memperolehi
pembelajaran yang bermakna.
ii.         Membolehkan pihak-pihak berkenaan membangunkan
perisian yang bersesuaian dengan suasana pengajaran
dan pembelajaran Matematik.
iii.        Membolehkan guru menilai dan membandingkan prestasi
mereka melalui penggunaan
ICT seterusnya memperbaiki lagi mutu perkhidmatan mereka.
iv.        Mengenalpasti tahap penerimaan dan kesediaan guru dan pelajar
dalam menggunakan
ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Matematik.
SKOP DAN BATASAN
KAJIAN
Kajian ini bakal dilakukan
terhadap para pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang
sedamg mengikuti latihan
mengajar selama dua belas
minggu
bagi sesi 2008/2009 khusus kepada guru-guru  pelatih  yang  mengajar  subjek  Matematik.  Lima
 orang
 guru
 pelatih
 akan
 dipilih
sebagai  responden  untuk  mengetahui  penggunaan  ICT  dalam
 pengajaran
 dan
 pembelajaran Matematik dikalangan guru-guru pelatih.
Kajian  ini  juga
 terbatas
 kepada
 faktor-faktor  dalaman
 seperti  kesediaan  responden  untuk
memberi  kerjasama  dan  kesediaan  untuk  ditemubual.  Kekangan  lain  seperti  faktor  tempoh
latihan  praktikal  dijalankan 
yang  agak  terhad dan  penglibatan 
guru  pelatih  dengan 
aktiviti- aktiviti sekolah sedikit sebanyak
membataskan
kajian yang dijalankan.
KERANGKA KONSEP KAJIAN
| 
 | 
METODOLOGI Reka
Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan dan juga pemerhatian. Menurut Mohd
Majid (1994), kaedah deskriptif adalah sesuai digunakan
dalam penyelidikan yang bermatlamat
untuk menerangkan sesuatu masalah atau fenomena yang sedang
berlaku.
Temubual dan pemerhatian dilakukan
untuk melihat secara tepat dan secara langsung
bagaimana cara  guru-guru   pelatih
 UTM
 memilih
 teknik
 pengajaran
 dan
 mengaplikasikannya  dalam pengajaran dan pembelajaran. Soalan temubual merupakan salah satu instrumen yang digunakan
dalam  kajian
 ini.
 Ianya
 digunakan
 bagi
 mendapatkan
 data
 yang
 berbentuk
 kualitatif
 untuk
membantu
 penyelidik
 menyokong  analisis  penggunaan  ICT  ketika  proses  pengajaran  dan pembelajaran Matematik.
Pemerhatian diperlukan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Menerusi
proses pemerhatian, penyelidik boleh menghubungkaitkan antara penemuan yang diperolehi
dengan proses temubual
(Merriam, 2001). Dalam kajian ini, penyelidik
akan melakukan pemerhatian
semasa guru pelatih UTM sedang mengajar
Matematik. Ini untuk melihat
 secara lansung
dan secara dekat teknik
yang mereka gunakan untuk pengamalan penggunaan ICT semasa
mengajar dalam bilik darjah.
Tempat Kajian
Kajian ini  dijalankan  di  sekolah-sekolah  menengah  berdekatan  yang  mempunyai
 guru-guru
pelatih UTM yang dipilih sebagai
responden dan guru-guru pelatih ini mengajar Matematik di sekolah tersebut.
Sampel Kajian
Dalam kajian yang dilakukan ini, penyelidik telah memilih sampel daripada kalangan guru-guru pelatih UTM yang sedang menjalani latihan mengajar di sekolah menengah yang berdekatan.
Disebabkan
 penyelidik
 perlu
 menjalankan
 temubual  dan  pemerhatian
 secara
 individu  dan terperinci, jadi  hanya
lima orang responden dipilih
sebagai sampel kajian
ini. Sampel kajian adalah
guru-guru pelatih yang mengajar
Matematik.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian adalah
pemerhatian dan soalan
temubual. Pemerhatian
merupakan salah
satu teknik yang boleh
digunakan untuk
mengesan kecerdasan pelbagai responden secara langsung.
Manakala  temubual
 pula
 sesuai
 digunakan
 untuk  mendapatkan
 data
 dari
 responden  secara lansung   dan  
terperinci   (Mohd   Najib,  
1999).   Temubual   dan  
pemerhatian   adalah   untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada
responden mengenai  kelebihan dan kelemahan serta
masalah-masalah yang dihadapi dalam
penggunaan ICT dalam pengajaran dan  pembelajaran Matematik.
DAPATAN KAJIAN Responden A
Pemahaman
ICT : ICT adalah Internet, komputer,
teknologi dan sumber-sumber ICT yang selalu digunakan adalah Internet, komputer,
teknologi.
Penggunaan ICT dan P&P dalam Matematik : Responden tidak selalu menggunakan kemudahan ICT sepanjang
 menjalani
latihan mengajar
disekolah tersebut, responden hanya menggunakan ICT untuk sesetengah topik yang
dirasakan perlu sahaja.
Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Matematik : Power point,
LCD, CD. Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Matematik : Bukan semua topik yang
diajar  boleh
 menggunakan  ICT  kerana  untuk  sesetengah
 topik,
 penggunaan
 ICT
 akan menyebabkan pelajar lebih susah untuk memahami tajuk yang diajarkan.
Kelebihan ICT : Dengan
menggunakan ICT pelajar akan lebih memahami isi pelajaran yang diajarkan kerana
 pelajar lebih
nampak gambaran sebenar.
Pelajar lebih
berminat untuk
belajar kerana banyak animasi-animasi yang boleh menarik minat pelajar.
Kelemahan ICT : Kelemahan dalam menggunakan CD yang disediakan oleh pihak kementerian. Untuk sesetengah tajuk yang diajar, responden hanya ingin mencapai dua objektif sedangkan isi pengajaran dalam cd berkenaan  adalah untuk mencapai tiga objektif. Ini menjadikan
objektif yang ingin dicapai
dan objektif yang tersedia dalam
CD tidak selari.
Masalah menggunakan ICT : Kemudahan-kemudahan ICT yang digunakan selalu mengalami
kerosakan.   Terpaksa   mengambil 
 masa   untuk 
 memasang   peralatan-peralatan   yang 
 ingin digunakan semasa P&P.
Cara mengatasi
: Mencari alternatif lain.
Bagaimana  penggunaan  ICT  dapat
 membantu  dalam
 menjalani
 proses
 P&P
 Matematik  : Penggunaan ICT hanya membantu
dalam sesetengah tajuk sahaja.
Respon pelajar
terhadap penggunaan ICT dalam P&P
Matematik : Pelajar lebih seronok. Sumber-sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah : LCD, CD, computer. Responden B
Pemahaman
mengenai ICT dan sumber-sumber ICT
yang diketahui : ICT adalah komputer,
ohp dan perkara-perkara yang berkaitan dengan
teknologi.
Penggunaan ICT dalam
P&P Matematik :
Menggunakan ICT dalam tajuk Line
and Plane. Sumber-sumber ICT yang selalu
digunakan dalam P&P
Matematik : komputer, LCD, CD dan
Courseware.
Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Matematik : ICT boleh meningkatkan
keberkesanan  P&P  Matematik,  namun  bukan  semua
 topik
 sesuai
 untuk
 diakplikasikan
 ICT
dalam proses pengajarannya.
Kelebihan ICT : Melalui
penggunaan komputer dan LCD, responden dapat
mengaitkan P&P Matematik dengan kehidupan seharian.
Kelemahan ICT : ICT tidak membantu dalam sesetengah tajuk yang memerlukan penerangan yang mendalam dan tajuk yang melibatkan proses penyelesaian masalah yang mana lebih mudah
pemahamannya jika kaedah
chalk and talk diaplikasikan.
Masalah menggunakan
ICT : Terpaksa mengambil
masa pada awal kelas
dan masa tamatnya kelas untuk memasang peralatan yang
ingin digunakan semasa proses
P&P.
Cara mengatasi  :  Meminta  bantuan  pelajarnya  untuk  membantu  dalam  proses  pemasangan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk proses P&P.
Bagaimana penggunaan ICT dapat membantu
dalam menjalani proses P&P
Matematik : ICT
dapat  membantu  dalam  menjalani  proses  P&P  Matematik
 kerana
 melalui  penggunaan  ICT, pelajar akan lebih
tertarik dengan isi pengajaran yang dipaparkan.
Respon pelajar 
terhadap  penggunaan  ICT 
dalam P&P  Matematik  : 
Pelajar  lebih  suka 
guru menggunakan kaedah chalk and talk.
Sumber-sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah
: LCD (setiap kelas), OHP,
CD-ROM dan komputer.
Responden C
Pemahaman
ICT : Komputer, LCD dan internet.
Penggunaan ICT  dalam  P&P  Matematik  :  Mengaplikasikan  penggunaaan  ICT  dalam  P&P
Matematik.
Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Matematik : Komputer,
LCD projector
dan CD-Rom.
Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Matematik : Pelajar
akan memberikan sepenuh  perhatian semasa proses P&P kerana para pelajar
tertarik dengan bahan-bahan yang dipaparkan.
Kelebihan ICT : Pelajar
lebih bersemangat dan pelajar akan memberikan sepenuh
tumpuan semasa sesi P&P.
Kelemahan ICT : Pelajar mempunyai
masalah untuk memahami
tajuk yang diajarkan.
Masalah menggunakan ICT : Memerlukan masa untuk memasang barang-barang kelengkapan didalam kelas.
 Masalah dari segi untuk
memasang peralatan-peralatan yang diperlukan untuk digunakan semasa proses P&P.
Cara mengatasi : Meminta bantuan
guru pembimbingnya
untuk mengajarkan cara pemasangan
peralatan yang betul. Meminta bantuan pelajarnya untuk membantu beliau membawa peralatan-
peralatan yang diperlukan ke kelas.
Bagaimana  penggunaan  ICT  dapat
 membantu  dalam
 menjalani
 proses
 P&P
 Matematik  : penggunaan ICT membantu dengan memudahkan proses P&P kerana dengan menggunakan ICT responden  tidak  perlu
 untuk
 menulis  pada  papan  hitam  dan  hanya  perlu  klik  pada  sahaja. Penggunaan ICT juga membantu menpercepatkan proses P&P. pelajar juga lebih berminat untuk
belajar.
Respon pelajar
terhadap penggunaan ICT dalam P&P
Matematik : Pelajar sangat
berminat jika penggunaan ICT diaplikasikan.
Sumber-sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah
: LCD projektor, CD dan courseware.
Responden D
Pemahaman
ICT : Teknologi yang memudahkan manusia dalam menjalani urusan harian. Penggunaan ICT dalam P&P Matematik : Kurang menggunakan ICT dalam P&P kerana masalah
kekurangan komputer.
Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Matematik : Komputer.
Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Matematik : Penggunaan ICT dapat
meningkatkan prestasi pelajar.
Kelebihan ICT : Penggunaan ICT sangat membantu
proses P&P kerana ia membantu untuk
memudahkan
pemahaman pelajar dalam tajuk yang diajarkan.
Kelemahan ICT : Penggunaan ICT tidak membantu
dalam semua tajuk.
Masalah menggunakan
ICT : Masalah kelengkapan yang tidak mencukupi dan masalah makmal
computer yang tidak mempunyai komputer didalamnya.
Cara mengatasi
: Mengajar tanpa menggunakan ICT.
Bagaimana penggunaan ICT dapat membantu
dalam menjalani proses P&P
Matematik : ICT
sangat membantu beliau dalam menjalani proses P&P. ini kerana melalui penggunaan ICT, tugas mengajar
dapat diringankan dan  masa pengajaran dapat dijimatkan kerana semua persediaan mengajar telah disiapkan sebelum
proses P&P dimulakan.
Respon  pelajar
 terhadap
 penggunaan
 ICT
 dalam
 P&P
 Matematik  :  Pelajar  berminat  jika penggunaan ICT diaplikasikan dalam P&P Matematik.
Sumber-sumber  kemudahan  ICT  yang  disediakan
 oleh
 pihak
 sekolah
 :
 CD
 rom,  LCD  dan
komputer.
Responden E
Pemahaman
 ICT
 :
 Mengajar
 dan
 menyediakan
 bahan
 pengajaran
 dengan
 menggunakan
komputer.
Penggunaan ICT dalam
P&P Matematik : Menggunakan ICT dalam P&P Matematik
Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Matematik : CD
rom
Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Matematik : Tidak semua tajuk yang diajarkan memerlukan penggunaan ICT.
Kelebihan ICT : Memudahkan pemahaman pelajar.
Kelemahan ICT : Tidak semua tajuk memerlukan penggunaan ICT.
Masalah menggunakan
ICT : Masalah kerosakan komputer yang disediakan. Cara mengatasi : Meneruskan sesi P&P
tanpa menggunakan kemudahan ICT.
Bagaimana  penggunaan  ICT  dapat
 membantu  dalam
 menjalani
 proses
 P&P
 Matematik  : Menjimatkan masa pengajaran walaupun masa yang diambil agak lama untuk penyediaan
bahan- bahan pengajaran.
Respon pelajar
terhadap penggunaan ICT dalam P&P
Matematik : Respon pelajar
terhadap penggunaan ICT dalam
P&P Matematik biasa-biasa sahaja
kerana para pelajar
memang selalu didedahkan
dengan penggunaan ICT dalam P&P.
Sumber-sumber  kemudahan  ICT  yang  disediakan  oleh  pihak  sekolah  :  CDROM,  LCD  dan
kemudahan-kemudahan lain.
PERBINCANGAN
penggunaan ICTdi kalangan guru pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Matematik semasa  menjalani latihan mengajar di sekolah yang berkenaan bergantung kepada kemudahan yang disediakan disekolah.
Guru-guru pelatih UTM didapati kurang menggemari kaedah pengajaran menggunakan ICT atas beberapa faktor. Salah satu daripadanya adalah
dari segi kekangan
masa. Kekangan masa yang
dimaksudkan adalah dari segi masa penyediaan untuk memulakan
P&P.
i.          Untuk
memulakan pengajaran didalam makmal komputer, pergerakan pelajar adalah dari
kelas ke makmal komputer tersebut mengambil masa dari lima hingga sepuluh minit. Ini
akan menyebabkan masa pengajaran sebenar berkurang.
ii.         Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti
pemasangan projector
LCD. Ini kerana peralatan
tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke dalam kelas.
Kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti projector LCD yang tidak berfungsi dan bilangan bilik multimedia yang terhad dan bilik ini haruslah ditempah terlebih dahulu sebelum digunakan.
Penggunaan ICT ini turut dipengaruhi dengan tajuk-tajuk
yang diajarkan. Penggunaan
ICT oleh guru  pelatih 
ini  hanya  digunakan 
untuk  sesetengah  tajuk 
yang  memerlukan  daya  imaginasi pelajar.   Melalui   penggunaan 
 ICT  
dalam  tajuk-tajuk   yang 
 tertentu  
ini   akan   membantu memudahkan pemahaman
pelajar dalam tajuk yang diajarkan.
Semua
 ini
 merupakan  faktor-faktor  yang  mempengaruhi
 penggunaan
 ICT
 dikalangan
 guru
pelatih  dalam 
 proses  pengajaran  dan  pembelajaran  Matematik
 semasa
 menjalani  latihan mengajar.
RUJUKAN
Adrian Oldknow & Ron Taylor (2003), Teaching Mathematics Using Information
and
Communication Technology. British Library
Catalouging-in-Publication Data. Azizi Yahaya (2007). Menguasai
Penyelidikan dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur
: PTS
Professional Publishing Sdn Bhd.
Best, J. W.
and Kahn, J. V. (1998). Research
in Education. 8th ed. Needham
Height, MA: Ally & Bacon.
Bogdan, R. C. dan Biklen, S. K. (1998). Qualitative Research for Education : An Introduction to
Theory and Methods. 3rd ed. Boston : Ally & Bacon 157-181.
Borba M. C. and Villarreal M. E. (2005), Humans-with-Media and the
Reorganization of Mathematical Thinking Information and Communication Technologies, Modelling, Experimentation and Visualisation. Springer Science+Business
Media, Inc.
Cleborne D. Maddux, D. Lamont Johnson an Jerry W.
Willis (2001), Educational Computing
Learning With Tomorrow’s Technologies. Ally & Bacon.
Crown P. (2006), Teaching Mathematics. Routledge
taylor and francis group London & new york.
Douglas H. Clements
(1989), Computers In Mathematics
Education. Prientice Hall, Englewood
Cliffs, New Jersey.
Ismail Zain (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah Ke Alam Siber. Utusan
Publication & Distributor Sdn Bhd.
John P. D. & Wheeler S. (2008), The Digital Classroom Harnessing Technology for the Future.
Routledge Taylor & Francis Group, London & Newyork.
Juriah Long (Ed) (1998). Inovasi Dalam Perkaedahan Pengajaran Bahasa, Sains Sosial dan
Teknologi Maklumat. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Kassim bin Abbas (2006). Media Dalam Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mat Rofa
Ismail (2004). Matematik Merentas Tamadun. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala
Lumpur.
Merriam, S. B. (1998). Qualitative
Research and Case Study Application
in Education, Revised and Expanded
from Case Study Research in Education. California: Jossey- Bass Publisher.
Mohd Majid Abdul Ghafar (1992). Penyelidikan Pendidikan. Skudai, penerbit UTM. Neuman,
W. L.
(1991). Social Research
Methods Qualitative & Quantitaive
Approaches.
Needham Height, MA : Ally & Bacon.
Nik Azis
Nik Pa (1992). Penghayatan
Matematik KBSR dan KBSM. Dewan
bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur.
Norhashim Abu Samah (1996), Pengajaran Bantuan Komputer. Dewan
Bahasa Pustaka. Rozinah Jamaludin
(2000). Asas-asas Multimedia Dalam Pendidikan. Utusan Publication &
Distributor Sdn Bhd.
Sabri
Ahmad, Tengku  Zawawi Tengku
Zainal & Aziz Omar (2006). Isu-Isu Dalam Pendidikan
Matematik. Utusan
Publication & Distributor Sdn
Bhd.
Tomei
L. A. (2003), Challenges of Teaching with Technlogy Across the Curriculum : Issues and
Solutions. Information
Science Publishing.
Way J.
& Beardon T. (Eds) (2003), ICT and Primary Mathematics. Open
University Press
McGraw-Hill Education.
Wei Chi
Yang, Yahya Abu Hasan. (Ed) (1997), Computer
Technology in Mathematical
Research and Teaching. USM Penang
Malaysia.
Yin, R.
K. (1993). Application of Case Study Research. Newbury Park, California
: SAGE
publications.
Tags:
pelajar ipg
