tugasan edu 3105
PENGENALAN MENGENAI TUGASAN
            Bagi semester ini  kami telah mempelajari subjek Teknologi dalam
Pengajaran dan Pemelajaran. Melalui subjek ini, kami memahami bahawa teknologi
bukan semata-mata suatu ilmu pengetahuan dan buka juga alat, sebaliknya proses,
kaedah dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan itu
mencapai kejayaan.   
            Selain itu, kami turut diberi
pendedahan mengenai keberkesanan pengajaran guru bukan sahaja mampu memproses
maklmat dan memperoleh maklumat, malah pelajar mampu memproses maklumat dan
mengaplikasikanya sehingga mendorong pembinaan tingkah laku yang baru. 
            Sehubungan itu, kami telah diberi
tugasan yang berkaitan dengan konsep teknologi yang telah kami pelajari.
Tugasan tersebut mengkehendaki kami untuk membuat perancangan pengajaran
pembelajaran berdasarkan Model ASSURE kerana melalui model tersebut, kami dapat
mempelajari cara yang baik untuk merancang pengajaran yang mengaplikasikan
penggunaan median. Sebelum itu, kami perlu memahami enam ciri yang terkandung
dalam Model ASSURE.
            Berdasarkan Model ASSURE tersebut,
kami dikehendaki pula merancang satu rancangan pengajaran harian untuk murid
sekolah rendah. Kami diberi kebebasan untuk memilih mana-mana huraian sukatan
pelajaran untuk sekolah rendah. Apa yang penting, kami perlu memahami tajuk
yang dipilih dan objektif yang menjadi matlamat dalam pengajaran tersebut.
            Selain itu, kami perlu
mengaplikasikan teknologi dalam penyediaan rancangan pengajaran pembelajaran
tersebut, bersesuaianlah dengan subjek ini sendiri. Kami harus memastikan
sekurang-kurangnya tiga bahan media digunakan dalam rancangan pengajaran
tersebut.
            Sebagai kesimpulannya, tugasan kali
ini memberi banyak pendedahan kepada guru pelatih untuk memahami konsep
teknologi dan menggunakan teknologi yang ada pada masa kini dengan
sebaik-baiknya supaya gaya pengajaran kita dapat dipertingkat dari semasa ke
semasa.


MODEL
ASSURE
Tajuk
Pengajaran    : Nombor Bulat
Nama
Guru               : Zulsubha Abdullah
                                    : Wan Azmi
Kelas                          : 3 Kenanga
Kandungan
Pengajaran    : Hasil Tambah Nombor Bulat.
Masa                          : 7.20 – 8.20 (1 jam)
| 
BIL. | 
ASSURE | 
MODEL | 
| 
1 | 
A – Analyze Learner 
(Analisis Pelajar) | 
Kelas ini terdiri daripada 30 orang murid,
  di mana 12 orang daripadanya ialah murid lelaki dan 18 orang lagi murid
  perempuan. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya iaitu 25 orang
  murid Melayu, 3 orang murid Cina dan 2 orang murid India. 
Mereka merupakan murid-murid yang sederhana
  cerdas daripada segi mental dan sosial serta tiada kecacatan fizikal. Walau
  bagaimanapun, terdapat beberapa orang murid yang berpotensi untuk  menonjol sekiranya diberi galakan
  berterusan. 
Mereka juga berasal daripada keluarga yang
  mempunyai taraf ekonomi yang sederhana dan berada. Secara umumnya,
  murid-murid kelas ini tidak menghadapi masalah dalam menyediakan kelengkapan
  untuk belajar. 
Bagi mempelajari tajuk ini, murid-murid
  berpengetahuan untuk mengira dan mencongak hasil tambah dua nombor sehingga
  1000. 
Kebanyakan murid lebih suka belajar melalui
  aktiviti yang menarik, bersesuaian dengan minat mereka berbanding belajar
  secara formal. Mereka juga lebih suka belajar dengan berpusatkan murid
  (student-centered). 
Terdapat tiga jenis gaya pembelajaran, iaitu
  gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran audtori dan gaya pembelajaran
  kinestetik.  Secara keseluruhannya,
  30%  murid-murid dalam kelas 3 Kenanga
  ini belajar dengan gaya pembelajaran kinestetik, 30% daripadanya belajar
  secara audio dan 40% lagi belajar dengan gaya pembelajaran visual. Perkara
  ini dapat dilihat apabila mereka lebih tertarik untuk menonton sesuatu yang
  dipaparkan berbanding mendengar sahaja ataupun melakukan pergerakan aktif. 
1.    Bilangan
  murid: 30 orang 
-       12
  Lelaki 
-       18
  Perempuan 
2.    Purata
  umur: 9 tahun 
3.    Etnik 
-       Melayu:
  25 
-       Cina:
  3 
-       India:
  2 
4.    Gaya
  Pembelajaran 
-       Kinestatik:
  30% 
-       Audio:
  30% 
-       Visual:
  40% | 
| 
2 | 
S – State Objective 
(Tentukan Objektif) | 
Pada akhir sesi pengajaran, murid-murid
  dapat menambah tiga nombor sehingga 10 000 dengan menggunakan bentuk lazim. | 
| 
3 | 
S – Select Methods, Media and Materials 
(Pilih Kaedah, Media
  Dan Bahan) | 
 
-      
  Tujuan bahan ini digunakan: 
è Bahan 2D ini merupakan kad imbasan yang
  digunakan semasa set induksi. 
è Sebagai bahan yang digunakan untuk
  merangsang murid, guru membuat kad imbasan ini di atas kertas yang
  berwarna-warni serta menggunakan dua bentuk yang berbeza bagi setiap warna
  tersebut, iaitu bentuk segi empat tepat dan bulatan. Manakala warna kertas pula
  terdiri daripada kuning, merah, merah jambu, biru, jingga, hijau, ungu dan
  hijau muda.  
è Oleh itu guru menyediakan 16 kad imbasan, di
  mana guru akan menampal nombor-nombor yang mudah di atas setiap kad imbasan
  tersebut.  
è Guru menggunakan pelbagai warna dan bentuk
  bagi menarik minat murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti ini. Tambahahan
  pula, penggunaan kad imbasan adalah lebih efektif jika dibandingkan dengan
  cara guru menulis secara langsung pada papan hitam. 
-      
  Cara Menggunakan Bahan: 
è Guru akan menampal kad imbasan tersebut di
  papan hitam dan meminta murid mengira nombor, dengan menyebut warna dan
  bentuk kertas. Murid perlulah melakukan pengiraan secara congak. 
è Jika murid yang dipilih tidak dapat menjawab
  dengan betul, guru boleh meminta murid lain membantu. 
-      
  Objektif pembelajaran: 
è Murid dapat melakukan pengiraan secara
  congak. Walau bagaimanapun, jawapan yang diberikan oleh murid tidak
  semestinya tepat. Memadailah jika jawapan mereka menghampiri jawapan yang
  betul. 
-      
  Adakah ia akan menarik minat murid-murid? 
è Penggunaan bahan 2-Dimensi ini dapat menarik
  perhatian murid-murid kerana penggunaan kertas yang berwarna-warni, di
  samping guru dapat mewujudkan unsur suspen dalam kalangan murid kerana mereka
  perlu peka dengan warna dan bentuk kertas yang disebutkan oleh guru. 
-      
  Cara Media Diperoleh: 
è Bahan 2D ini diperoleh dengan membuatnya
  sendiri. Pada mulanya nombor-nombor dibuat dan tersebut dan dicetak di atas
  kertas putih sebelum ditampal di atas kertas-kertas berwarna. Tujuannya
  adalah untuk memastikan nombor-nombor tersebut dapat dipaparkan dengan lebih
  jelas. 
 
-      
  Tujuan bahan ini digunakan: 
è Tujuan penyediaan paparan video adalah untuk
  merangsang murid-murid supaya berminat untuk menumpukan perhatian terhadap
  pembelajaran hari tersebut. Di samping itu, paparan video yang penuh
  warna-warni dan disulami dengan lagu juga dapat memberikan pengalaman belajar
  dalam situasi yang menyeronokkan kepada murid-murid. Melalui cara ini, guru
  juga dapat menguji sejauh manakah tumpuan murid-murid terhadap video yang dipaparkan.
  Hal ini kerana, murid-murid akan diberikan satu borang tontonan video
  terlebih dahulu sebelum mereka diberi peluang untuk menonton video yang hanya
  akan dimainkan sekali sahaja. 
-      
  Cara menggunakan bahan: 
è Bahan ini digunakan dengan sokongan komputer
  atau komputer riba dan projector (LCD). Daripada komputer, video akan
  dipancarkan ke layar dan alat pembesar suara juga diperlukan bagi membolehkan
  murid-murid mendengar bunyi daripada video dengan jelas. 
-      
  Objektif pembelajaran: 
è Melalui paparan video ini, murid-murid
  diharapkan dapat mencatat nombor-nombor bulat yang kurang daripada 1000 pada
  borang tontonan video yang diberikan. Setelah itu, barulah murid-murid diberi
  peluang untuk menonton video tersebut. Selepas tamat menonton video,
  murid-murid dikehendaki pula mengisi ataupun menjawab soalan yang terdapat
  dalam borang tontonan video tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan. 
-      
  Adakah ia menarik minat murid-murid: 
è Media ini sememangnya dapat menarik minat
  murid-murid kerana paparan video ini adalah mengenai cerita ringkas mengenai
  seorang petani. Selain itu, video yang diselang-selikan dengan lagu ini juga
  dapat menarik perhatian murid kerana murid akan tertarik dengan irama lagu “Lemon Tree” yang segar dan ceria. Di
  samping itu, gambar-gambar yang dipaparkan juga jelas dan menarik.
  Murid-murid turut diarahkan untuk menjawab soalan yang terkandung dalam
  borang tontonan video, berdasarkan video yang mereka tonton 
-      
   Bagaimana
  ia dihasilkan: 
è Video ini dihasilkan melalui gabungan
  gambar-gambar yang telah dimuat turun daripada internet. Video ini telah
  dibuat dengan menggnakan perisian Ulead 11 yang juga diperolehi perisiannya
  daripada internet. Penggunaan Ulead 11 adalah lebih mudah dan cepat
  berbanding penggunaan Movie Maker. Selain itu, perisian Audacity turut
  digunakan untuk merakam suara serta perisian MP3 Cutter untuk menyunting
  lagu. 
 
-      
  Tujan bahan ini digunakan: 
è Tujuan bahan ini digunakan adalah untuk
  menyediakan latihan pengukuhan kepada murid-murid dengan cara yang lebih
  menarik. Guru cuba berusaha menggunakan pendekatan ICT berbanding penggunaan
  cara lama yang hanya menggunakan papan hitam atau papan putih. 
-      
  Cara menggunakan bahan: 
è Media ini digunakan secara menyeluruh di
  dalam kelas semaa langkah ketiga. Guru akan memaparkan soalan-soalan
  Matematik berkaitan dengan objektif pengajaran dengan mengunakan perisian
  Microsoft PowerPoint. Kemudian, guru akan meminta murid untuk menjawab soalan
  tersebut di hadapan dengan klik pada jawapan yang mereka dapat. 
-      
  Objektif pembelajaran: 
è Melalui media ini, guru mengharapkan agar
  murid-murid berupaya melakukan operasi penambahan empat digit nombor dengan
  tepat. Sekiranya murid-murid tidak dapat menjawab dengan betul, guru boleh
  menunjukkan cara yang betul untuk mengira dalam bentuk lazim ataupun guru
  boleh meminta murid lain untuk menulis jalan pengiraan di hadapan kelas dalam
  bentuk lazim. 
-      
  Adakah ia menarik minat murid-murid: 
è Paparan soalan dengan menggunakan ICT ini
  akan lebih menarik perhatian murid-murid selain sesi pengajaran juga akan
  menjadi lebih efektif.  
-      
  Bagaimana ia dihasilkan: 
è Video ini telah dihasilkan dengan membuat
  sendiri soalan Matematik dengan berpandukan buku teks Matematik Tahun 3.
  Gambar-gambar yang menarik telah dimasukkan sebagai latar belakang dan
  animasi-animasi yang dirasakan sesuai turut dimasukkan sebagai cara untuk
  menarik minat murid-murid untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat di dalam
  slide PowerPoint ini. | 
| 
4 | 
U – Utilize Media and
  Materials (Penggunaan Media Dan Material) | 
 
-      
  Bahan 2D 
è Idea untuk membuat bahan 2D ini telah
  dikemukakan kepada pensyarah pembimbing dan beliau telah mempersetujuinya
  kerana melalui cara tersebut, guru dapat menerapkan cara pembelajaran secara
  visual (mengenali warna dan bentuk kertas). 
è Selain itu, bahan 2D ini turut ditunjukkan
  kepada rakan guru pelatih dan mereka dapati bahan ini menarik kerana murid
  harus peka dengan arahan yang diberikan oleh guru. 
-      
  Bahan video 
è Bahan video ini telah ditunjukkan kepada
  pensyarah pembimbing dan beliau menyatakan bahawa video ini agak menarik
  kerana ia berunsurkan cerita yang ringkas dan pemilihan lagu juga sesuai
  dengan mood cerita tersebut.  
è Video ini turut ditayangkan kepada beberapa
  orang murid sekolah dan mereka kelihatan teruja untuk menontonnya kerana
  selain menonton, mereka perlu melengkapkan borang tontonan video yang
  disediakan. 
è Selain itu, video ini juga ditunjukkan
  kepada rakan guru pelatih. Sesetengah mereka berpendapat bahawa video ini
  agak membosankan kerana cerita yang dipaparkan terlalu ringkas. Selain itu,
  mereka berpendapat bahawa adalah lebih menarik jika dimasukkan rakaman video
  yang sebenar .  
-      
  Bahan slide persembahan 
è Slide PowerPoint juga telah ditunjukkan
  kepada pensyarah pembimbing dan beliau memberi pendapat supaya peka dengan
  gambar latar belakang slide. Hal ini bagi memastikan gambar tersebut tidak
  menenggelamkan tulisan yang sepatutnya menjadi fokus dalam slide yang
  dipaparkan. 
è Rakan guru pelatih pula berpendapat beberapa
  kesan suara perlu dimasukkan terutamanya apabila murid dapat menjawab dengan
  betul atau ketika murid memberi jawapan yang salah.  
 
-      
  Bahan 2D 
è Bagi penggunaan bahan 2D ini, guru perlu
  menggunakan papan hitam. Selain itu, guru juga perlu memastikan murid-murid
  duduk secara bedua-dua dan menghadap ke hadapan untuk memudahkan guru melihat
  mereka. Selain itu, guru akan meminta mereka untuk berdiri terlebih dahulu
  dan murid yang dapat menjawab dengan betul akan dibenarkan duduk. 
-      
  Bahan video 
è Bagi penggunaan video pula, guru memerlukan
  projektor, skrin layar putih dan pembesar suara supaya semua murid dapat
  melihat video dan mendengar suara video dengan jelas. Hal ini penting kerana
  mereka akan melengkapkan borang tontonan video. Ketika video ditayangkan,
  adalah lebih baik sekiranya murid-murid duduk secara berpasangan dan
  bekerjasama dengan pasangan masing-masing. 
-      
  Bahan slide persembahan 
è  Untuk
  tujuan penggunaan slide PowerPoint, guru turut memerlukan projektor, skrin
  layar putih dan pembesar suara serta papan hitam. Papan hitam di sini akan
  digunakan apabila murid tidak dapat menjawab soalan dngan betul. Guru atau
  murid lain akan menunjukan jalan perngiraan yang betul serta menerangkan
  operasi penambahan dengan menggunakan bentuk lazim. Di sini, guru seharusnya
  turut mementingkan murid-murid duduk secara berpasangan. Namun, rombakan
  mungkin akan dibuat sekiranya guru dapati terdapat murid yang tinggi
  fizikalnya duduk di bahagian hadapan kerana mereka akan menghalang
  penglihatan murid lain. 
 
-      
  Bahan 2D 
è Bagi menggunakan bahan 2D ini, murid-murid
  seharusnya sudah mempunyai pengetahuan untuk mencongak dua nombor mudah
  sehingga angka 1000. Selain itu, murid-murid perlulah mengenali pelbagai
  warna yang ada serta bentuk-bentuk asas yang telah mereka pelajari seperti
  bentuk segi empat dan bulat. 
-      
  Bahan Video 
è Sebagai cara untuk memastikan murid-murid
  berkeupayaan untuk mengisi borang tontonan video, mereka perlulah mengetahui
  cara yang betul untuk menyebut nombor bulat sehingga 1000 serta boleh
  menjawab soalan penyelesaian yang ringkas. 
-      
  Slide PowerPoint 
è Memandangkan slide PowerPoint ini digunakan
  pada langkah ketiga, guru perlulah memastikan murid-murid mampu menguasai
  penambahan 2 atau tiga nombor sehingga 10 0000 semasa proses Pengajaran &
  Pembelajaran dalam langkah 2. | 
| 
5 | 
R – Require Learner 
(Penglibatan
  Pelajar) | 
1.   
  Bagaimana pelajar dilibatkan dalam penggunaan media
  (apa pelajar buat?) 
-      
  Bahan 2D 
è Kad imbasan nombor
  ini akan ditampal di hadapan kelas. Pada mulanya, guru akan meminta semua
  murid berdiri. Kemudian guru memanggil nama seorang murid dan memintanya
  mencari hasil tambah 2 nombor yang ditampal di hadapan secara congak. Guru
  akan menyebut warna dan bentuk kertas, bukan nombor kertas. Jika murid
  tersebut dapat menjawab dengan betul, dia dibenarkan duduk. Namun, jika
  jawapan yang diberikan salah, guru akan meminta murid lain menjawab dengan
  mengangkat tangan mereka terlebih dahulu. 
-      
  Bahan video 
è Pada mulanya guru
  akan mengedarkan borang penilaian video dan meminta murid membaca
  soalan-soalan yang ada pada borang penilaian selama 2 minit. Setelah itu,
  video akan ditayangkan sebanyak sekali sahaja dan mereka diberi masa selama 2
  minit untuk melengkapkan borang penilaian tersebut. Dalam tempoh 2 minit itu,
  mereka dibenarkan berbincang dengan pasangan masing-masing. Kemudian, murid
  akan menyemak jawapan mereka bersama-sama guru dan jika soalan memerlukan
  pengiraan, guru akan menunjukkan langkah pengiraan di hadapan ataupun, guru
  boleh meminta murid menunjukkan langkah pengiraan.  
-      
  Slide Persembahan 
è Slide dipaparkan di
  hadapan kelas. Pada mulanya guru menunjukkan contoh bagaimana slide tersebut
  akan digunakan. Kemudian, seorang murid akan dipanggil untuk menjawab soalan.
  Sekiranya jawapan yang diberikan salah, guru perlulah menunjukkan langkah
  pengiraan yang betul. Guru juga boleh meminta murid lain menunjukkan langkah
  pengiraan yang betul. Slide persembahan ini mempunyai dua bahagian. Oleh itu,
  guru perlu menetapkan 5 minit untuk setiap bahagian. | 
| 
6 | 
E – Evaluate and Revise 
(Penilaian dan Revise) | 
 | 

Nama : Nur Afifah bt Mohamad Salleh
            :
Siti Khirnie binti Kasbolah
Kelas : 3 Kenanga                                                  Masa  :
7.30 pagi – 8.30 pagi
Objektif:
Pada akhir
pembelajaran, murid-murid dapat menambah tiga nombor sehingga 10 000 dalam
bentuk lazim.
Pengetahuan
Sedia Ada:
Murid-murid sudah mengetahui:
i)            
Mengira
hasil tambah dua nombor sehingga 1000.
ii)           
Mengira
hasil tambah dua nombor sehingga 1000 dalam bentuk lazim.
Set
Induksi:
Murid akan mencongak  hasil tambah dua nombor sehingga 1000.
Cara-caranya:-
i)       
Lapan
nombor di atas kertas yang berlainan warna.
iii)     
Murid
dipilih secara rawak dan diminta membaca nombor yang ditunjukkan.
“Apakah nombor yang
yang terdapat pada kertas berwarna merah?”
iv)     
Guru
menyuruh murid mencongak hasil tambah dua nombor dengan menyebut warna kertas.
Dalam masa yang sama guru menggalakkan proses persaingan antara murid.
“Sekarang, cikgu akan
menyebut dua warna kertas dan kamu dikehendaki mencongak hasil tambah dua
nombor  tersebut. Siapa yang cepat akan
diberi ganjaran”
Contoh:
-      
Merah
(531) dan kuning (320)
-      
Biru
(420) dan oren (67)
-      
Hijau
(91) dan ungu (301)
-      
 
| 
LANGKAH | 
KANDUNGAN | 
AKTIVITI PEMBELAJARAN | 
NOTA | 
| 
I 
(10
  minit) | 
Mengira hasil tambah dua
  nombor sehingga 1000. | 
“Murid-murid,
  sila baca soalan-soalan di atas kertas penilaian video yang telah cikgu
  berikan, kamu dikehendaki menjawab soalan-soalan semasa menonton video ini” 
III.       
  Selepas menonton, murid diberikan masa
  tambahan selama 2 minit untuk  
menjawab
  soalan-soalan. 
“Murid-murid, kamu
  diberikan masa 2 minit untuk menjawab soalan-soalan” 
IV.       
  Kemudian, guru bersama murid-murid
  membincang soalan-soalan penilaian video. 
V.       
  Guru memilih murid-murid secara rawak
  untuk menjawab. | 
Soalan bertumpu: 
Pengetahuan (Bloom
  Taksonomi) | 
| 
II 
(10 minit) | 
Mengira
  hasil tambah tiga nombor dalam bentuk lazim. | 
i)          
  Guru membuat 5 soalan di papan hitam
  dan menyuruh murid mengira hasil tambah dua nombor dalam bentuk lazim. 
ii)         
  Beberapa murid dipanggil untuk
  menjawab soalan-soalan tersebut. 
Contoh: 
 
iii)        
  Guru mengajarkan murid cara penambahan
  3 nombor dalam bentuk lazim sehingga 10 000 di papan hitam 
iv)        
   Kemudian guru menyuruh murid membuat soalan
  berdasarkan soalan yang telah diberikan. 
Contoh: 
 | 
Soalan
  bertumpu: 
Pengetahuan
  (Bloom Taksonomi) 
Perbendaharaan
  kata: 
·        
  Bentuk lazim 
·        
  Hasil tambah 
Soalan
  bertumpu: 
Pengetahuan 
(Bloom
  Taksonomi) | 
| 
III 
(10
  minit) | 
Mengira hasil tambah
  sehingga      10 000 | 
i)    
  Guru memaparkan slide
  PowePoint yang mengandungi soalan objektif dan
  soalan penyelesaian masalah. 
ii)   
  Guru menyuruh murid-murid menjawab
  soalan berdasarkan soalan yang terdapat dalam slide persembahan. 
iii) 
  Soalan yang dijawab dibincangkan di
  dalam kelas bersama guru. 
iv) 
  Guru memanggil beberapa orang murid
  untuk menjawab soalan di hadapan.  | 
Soalan bertumpu: 
Pengetahuan 
Soalan bercapah: 
Kefahaman 
(Bloom Taksonomi) | 
| 
Pengukuhan 
(10
  minit) | 
Lembaran kerja: Mencari
  hasil tambah tiga nombor sehingga empat nilai digit dalam bentuk lazim. | 
i)     Murid
  berkeupayaan untuk mencari hasil tambah tiga nombor bulat sehingga empat
  nilai digit dalam bentuk lazim dalam Lembaran
  Kerja yang diberikan.  | 
Simbol konsep dan proses 
Perbendaharaan kata: 
·        
  Nombor bulat 
·        
  Bentuk lazim | 
| 
Penutup 
(5
  minit) |  |  |  | 

REFLEKSI
KENDIRI
Disediakan
oleh: Zulsubha Abdullah
            Bagi subjek Teknologi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran, saya dan rakan-rakan dikehendaki melakukan satu
tugasan yang mengaplikasikan teknologi dalam rancangan pengajaran. Sebagai cara
untuk mengalakkan perbincangan dalam kalangan guru pelatih, kami perlu
melakukan tugasan ini secara berpasangan dan saya telah memilih untuk
bekerjasama ________________________.
            Tugasan
ini telah diberikan secara rasminya pada _________ dan pensyarah pembimbing
kami juga iaitu _______________ telah memberikan penerangan yang mendalam
mengenai apa yang perlu kami lakukan untuk tugasan ini. Walau bagaimanapun,
pada mulanya saya merasa kabur dengan apa yang perlu dilakukan terutamanya
mengenai Model ASSURE. Hal ini kerana saya tidak begitu memahami konsep Model
ASSURE itu sendiri dan apa yang lebih menyulitkan keadaan ialah apabila saya
berbincang bersama guru pelatih lain, ada yang memberikan pandangan yang
berbeza. 
            Hal ini berterusan sehinggalah
pensyarah pembimbing memberikan penerangan kedua mengenai Model ASSURE. Pada
penerangan kali ini, saya dan rakan-rakan lebih memahami mengenai apa yang
perlu dilakukan. Tambahan lagi, beliau turut memberikan contoh Model ASSURE
yang dimuat turun daripada internet. Jadi kami lebih jelas mengenai maklumat
yang perlu kami isi dalam Model ASSURE.
            Daripada Model ASSURE, saya dan Wan
Azmi  merancang rancangan pengajaran.
Kami turut menghadapi sedikit masalah di sini. Hal ini kerana walaupun kami
diberi kebebasan untuk memilih huraian sukatan pelajaran daripada mana-mana
tahap sekolah rendah, kami mengalami kebuntuan dalam merancang media yang akan
digunakan dalam pengajaran nanti. Kemudian, saya telah meminta pendapat
daripada beberapa orang rakan guru pelatih yang lain dan saya dapati ramai yang
menggunakan bahan media video serta slide PowePoint. Ini kerana kedua-dua media
ini agak mudah digunakan walaupun ianya agak rumit dari segi penyediaannya.
Setelah berbincang dengan Wan Azmi, kami bersepakat untuk menggunakan bahan
media video, slide PowePoint dan bahan 2-Dimensi. 
            Kami kemudiannya menghadapi
kesukaran untuk berbincang kerana masing-masing tinggal berjauhan dan berlainan
negeri dan sibuk dengan aktiviti di sekolah masing-masing. Walau bagaimanapun,
kami telah membahagikan kerja dan berusaha untuk membuat yang terbaik. Di sini,
saya menyedari nilai percaya akan keupayaan rakan amat penting kerana Wan Azmi
perlu percaya dan yakin dengan keupayaan saya dalam menyediakan video, begitu
juga saya yang perlu percaya dan yakin dengan kemampuan Wan Azmi untuk
menyediakan slide persembahan PowerPoint. 
            Setelah itu, kami bersama-sama
melihat media yang telah kami hasilkan dan saya memberikan serba sedikit
pandangan untuk menambahbaik slide PowePoint tersebut. Kami merasa sangat
bersyukur apabila pensyarah pembimbing menerima media yang kami hasilkan ini
walaupun terdapat sedikit perubahan yang perlu dilakukan dalam rancangan
pengajaran harian, untuk meletakkan media mengikut kesesuaian penggunaannya.
            Kemudian, perkara terakhir yang
perlu kami lakukan adalah mengemaskini tugasan ini dan menyediakan slide
PowerPoint untuk mempersembahkan rancangan pengajaran harian serta bahan-bahan
media yang telah kami buat.
            Sebagai kesimpulannya, saya merasa
sangat bersyukur kerana tugasan ini berjaya juga disiapkan dengan jayanya
walaupun terdapat beberapa kekangan dalam proses menyempurnakannya. Selain itu,
saya turut mempelajari banyak perkara baru, terutamanya dalam menyediakan
rancangan pengajaran harian dengan mengaplikasikan teknologi sebagai usaha
untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik.
Pelbagai ilmu dan pengalaman yang saya peroleh sepanjang melaksanakan tugasan
ini akan saya gunakan dengan sebaik-baiknya apabila menjalani latihan praktikum
pada masa akan datang.
SUMBER RUJUKAN
Boon Pong Ying, Noriati A Rashid, Sharifah Fakhriah Syed
Ahmad, Wan Kamaruddin  Wan Hasan (2009),
Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Oxford       Fajar Sdn Bhd, Selangor Darul Ehsan
http://www.scribd.com/doc/10911166/HURAIAN-SUKATAN-PELAJARAN-MATEMATIK-TAHUN-3
Diakses pada 23 Ogos 2009

aku laaaaa
zul
tel.:
fax:
tel.:
fax:
Tags:
pelajar ipg