Skip to main content

surat kerana tidak hadir kuliah..

Surat Tunjuk Sebab Tidak Dapat Hadir Ke Kelas.
Mohd Kuat Tido Bin Semua Kuat.
No 897,
Perumahan Pelajar Malas,
99999 Port Tido,
Negeri Seratus.                                                                                                             52 OGOS 3013
_______________________________________________________

En. Malangnye Nasib Aku.
Pensyarah Suka Tido,
Universiti Pelajar Dan Lecturer Same Je,
Cawangan Port Tido,
99999 Port Tido,
Negeri Seratus.

Tuan/Puan,

Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Ke Kelas

Saya dengan hormatnya merujuk perkara diatas.

2. Merujuk perkara diatas saya Mohd Kuat Tido Bin Semua Kuat ingin memberitahu kepada En. Malangnye Nasib Aku Bin Sebab Dapat Student Macam Ko bahawa sebab-sebab kenapa saya tidak dapat hadir ke kelas hari itu. Ini kerana pada hari Isnin pada tarikh -1 Ogos 2020 saya tidak mampu untuk hadir ke kelas. *Sila abaikan surat ini sekiranya Encik tak perasan saya tak hadir hari tu eh. Ok? Baiknye Encik ni. Tak sangke. Tsk tsk tsk.

3. Ini kerana pada hari tersebut saya tidak berapa nak sihat sangat untuk hadir ke kelas. Saya berasa kepala saya begitu pening hinggakan saya tidak mampu untuk bangun apatah lagi pergi ke kelas. Bayangkanlah betapa teruknya saya punya pening. Oleh itu saya tidak mampu untuk datang ke kelas. *Ni tulis surat ni pun tengah pening lagi tau. Kalau saya mati pening sebab tulis surat ini, siaplah Encik tunggu la apa balasannya nanti. I will call my lawyer! See you at the court! No mercy kau aku cakap.

4. Selain itu selain pening, saya sebenarnya mengalami masalah tidur awal di waktu malam. Encik dan yang lain-lain mungkin tak tahu penderitaan saya ni. Hipotesisnya macam ini, semakin bertambah awal saya tidur maka semakin bertambah susah saya nak bangun. Kesimpulannya pula macam ini, Jika saya tidur lewat jangan haraplah nak suruh saya bangun awal gila ke hape ngantuk siot. Maafkan saya terkasar bahasa.

5. Lagi, selain itu saya juga hendak memberitahu bahawa saya sebenarnya sangat tak suka tengok muka Encik yang hensem itu. Tengok Encik sahaja dah cukup membuatkan darah dalam badan saya menyirap pulak aku haih. Selain sebenarnya saya tipu, Encik tak hensem sebab tu tak suka sangat, Encik juga amat gatal. Gatal betul kau tu tua buat cara tua. Encik kenal Siti? Siti Bon Bon? Dia itu GF saya, tapi saya lihat Encik selambe je suka menggatal dengan dia. Kenapa? *Sila tulis surat tunjuk sebab kenapa menggatal dengan Siti GF saya itu. Biasa betul.

5. Akhir kata, saya juga berharap supaya Encik dapat memberikan saya peluang untuk saya menduduki peperiksaan akhir bagi subjek yang Encik ajar tu, nama apa entah saya lupa la. Maaf sangat-sangat. Sekali lagi saya meminta jasa baik Encik untuk memaafkan saya kerana ke tidak hadir ke kelas Encik dan juga memberikan saya peluang untuk saya menduduki peperiksaan akhir bagi subjek tersebut. Diharapkan juga Encik tak payah awasi kami semasa peperiksaan akhir itu sebab saya nak meniru. *Pelajar yang lain pun sama je.

Sekian, Terima Kasih.


aku laaaaa
zul
tel.:
fax:

Comments

Popular posts from this blog

asgment mte 3105

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH) SEMESTER 3, AMBILAN JUN 2011 INSTITUT: INSTITUT PENDDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK NAME PELAJAR:   SUBJECT: STATISTIK   (MTE 3105) GROUP: AMBILAN JUN 2011 Tarikh kuatkuasa: Interaksi1 (23 Jun 2012)                              Tarikh Serahan: Interaksi ke 3 ( Ogos 2012) Pada akhir kerja kursus ini, pelajar-pelajar boleh : (i)          mencari persamaan regresi linear dengan menggunakan kaedah garis lurus kuasa dua terkecil. (ii)         melukiskan garis persamaan pada gambarajah serakan. (iii)    ...

SURAT MEMOHON SUMBANGAN PIBG

                                                                                                  Unit Kokurikulum Sek Keb Seksyen 18, Jalan Cucur 18/13, 40200 Shah Alam, Selangor. Kepada, Yang Dipertua PIBG,                                              ...

SKEMA PERMARKAHAN SUKANTARA

SKEMA PERMARKAHAN UKURAN/JARAK/KETINGGIAN SUKANTARA TAHAP 2 UNIT KOKORIKULUM-UNIT SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18 40200 SHAH ALAM,   SELANGOR DARUL EHSAN ACARA KELAS PENCAPAIAN MASA / JARAK / KETINGGIAN MARKAH CATATAN LONTAR PELURU LELAKI TAHUN 4 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 PEREMPUAN TAHUN 4 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 LELAKI TAHUN 5 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 PEREMPUAN TAHUN 5 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 LELAKI TAHUN 6 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 PEREMPUAN TAHUN...