Skip to main content

belanjawan khas untuk SJKT, SJKC

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian belanjawan khas untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan Cina (SJKC) mulai tahun depan.

"Komitmen kerajaan adalah untuk melihat dengan segala bantuan yang diberikan, kualiti pendidikan di SJKT akan meningkat, sekali gus melonjak mutu pendidikan negara kita," katanya semasa berucap pada sambutan perayaan Thaipusam 2013 di Batu Caves malam tadi.



Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dijangka dibentang kepada kabinet hujung bulan ini, dirancang untuk menjamin kualiti pendidikan kepada semua sekolah, termasuk SJKT.

Beliau berkata Kementerian Pelajaran telah menyalur peruntukan belanja mengurus kepada SJKT sebanyak RM584,382,340 pada 2011 dan meningkat kepada RM660,346,311 pada 2012.

Selain itu, SJKT mendapat peruntukan RM100 juta dalam Belanjawan 2012 dan 2013 untuk pembangunan, katanya.

Muhyiddin berkata masyarakat India sentiasa mendapat pembelaan kerajaan BN dan ini dapat dilihat melalui penubuhan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (JKKMI) bagi mengkaji, merancang dan melaksanakan program untuk mempertingkat kualiti hidup mereka.

Merujuk Program MyDaftar sebagai contoh, beliau berkata ia membantu masyarakat India menyelesaikan banyak permasalahan dokumen.

Sehingga Mei 2012, sejumlah 4,155 permohonan kewarnegaraan, 222 permohonan perkahwinan, 682 permohonan kad pengenalan, 71 permohonan pindaan maklumat sijil kelahiran diluluskan, katanya.

Selain itu, peruntukan tempat matrikulasi untuk pelajar kaum India juga bertambah daripada 500 tempat pada 2011 kepada 1,000 pada 2012.

"Kerajaan juga memperuntukkan RM1 bilion saham dalam Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India selain pelbagai bantuan kewangan lain seperti bantuan persekolahan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia," katanya.

Muhyiddin berkata tidak banyak negara di dunia yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama dapat mengekal keamanan yang dikecapi sejak merdeka hingga ke hari ini seperti Malaysia.

"Tetapi di Malaysia, perbezaan kaum dan kepercayaan agama tidak menjadi penghalang kepada kita untuk mengecapi nikmat kehidupan yang aman dan damai," katanya.

Beliau turut berkata ketika negara Eropah mengalami kemelesetan ekonomi, Malaysia berjaya mencatat pertumbuhan 5.3 peratus pada suku ketiga 2012.



"Kejayaan negara kita tidak berhenti di sini. Dalam tempoh tujuh tahun akan datang, rakyat akan dapat melihat Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju," katanya.

Timbalan Perdana Menteri juga yakin masyarakat India akan terus menyokong BN untuk memastikan segala perancangan dapat dilaksana dengan baik dan cita-cita bagi mengecapi nikmat kehidupan dalam sebuah negara maju, aman dan makmur akan tercapai.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata beliau akan membawa permohonan masyarakat India untuk menjadikan Thaipusam sebagai cuti umum di seluruh negara ke kabinet.

Beliau turut berkata SJKT bercuti sempena perayaan Ponggal namun sesi persekolahan pada hari itu akan diganti

aku laaaaa
zul
tel.:
fax:

Comments

Popular posts from this blog

asgment mte 3105

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH) SEMESTER 3, AMBILAN JUN 2011 INSTITUT: INSTITUT PENDDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK NAME PELAJAR:   SUBJECT: STATISTIK   (MTE 3105) GROUP: AMBILAN JUN 2011 Tarikh kuatkuasa: Interaksi1 (23 Jun 2012)                              Tarikh Serahan: Interaksi ke 3 ( Ogos 2012) Pada akhir kerja kursus ini, pelajar-pelajar boleh : (i)          mencari persamaan regresi linear dengan menggunakan kaedah garis lurus kuasa dua terkecil. (ii)         melukiskan garis persamaan pada gambarajah serakan. (iii)    ...

SURAT MEMOHON SUMBANGAN PIBG

                                                                                                  Unit Kokurikulum Sek Keb Seksyen 18, Jalan Cucur 18/13, 40200 Shah Alam, Selangor. Kepada, Yang Dipertua PIBG,                                              ...

SKEMA PERMARKAHAN SUKANTARA

SKEMA PERMARKAHAN UKURAN/JARAK/KETINGGIAN SUKANTARA TAHAP 2 UNIT KOKORIKULUM-UNIT SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18 40200 SHAH ALAM,   SELANGOR DARUL EHSAN ACARA KELAS PENCAPAIAN MASA / JARAK / KETINGGIAN MARKAH CATATAN LONTAR PELURU LELAKI TAHUN 4 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 PEREMPUAN TAHUN 4 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 LELAKI TAHUN 5 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 PEREMPUAN TAHUN 5 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 LELAKI TAHUN 6 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 PEREMPUAN TAHUN...