Skip to main content

sape nak duit RM60 ribu

Ganjaran RM60,000 menanti sesiapa yang mempunyai maklumat sehingga membawa kepada penangkapan dan sabitan mereka yang bertanggungjawab atas kematian William Yau Zhen Zhong.

"Maklumat itu mestilah sah dan mencukupi untuk mendakwa seseorang di mahkamah," kata Ketua Biro Khidmat Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong pada sidang media di ibu negara hari ini.


Polis hari ini mengesahkan laporan awal ujian 'deoxyribonucleic acid' (DNA) Jabatan Kimia ke atas seorang mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui di Pelabuhan Klang, pada 24 Jan lalu, adalah William.

William, 6, dilaporkan hilang pada 16 Jan di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

"Ia belum selesai, hanya kerana pihak polis telah menemui mayatnya. Kami mahu keadilan untuk si kecil William," kata Chong menambah, ganjaran itu disumbangkan enam pihak yang prihatin.

Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi beliau di talian 013-3982381 atau 03-22033888.

aku laaaaa
zul
tel.:
fax:

Comments

Popular posts from this blog

asgment mte 3105

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH) SEMESTER 3, AMBILAN JUN 2011 INSTITUT: INSTITUT PENDDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK NAME PELAJAR:   SUBJECT: STATISTIK   (MTE 3105) GROUP: AMBILAN JUN 2011 Tarikh kuatkuasa: Interaksi1 (23 Jun 2012)                              Tarikh Serahan: Interaksi ke 3 ( Ogos 2012) Pada akhir kerja kursus ini, pelajar-pelajar boleh : (i)          mencari persamaan regresi linear dengan menggunakan kaedah garis lurus kuasa dua terkecil. (ii)         melukiskan garis persamaan pada gambarajah serakan. (iii)    ...

SURAT MEMOHON SUMBANGAN PIBG

                                                                                                  Unit Kokurikulum Sek Keb Seksyen 18, Jalan Cucur 18/13, 40200 Shah Alam, Selangor. Kepada, Yang Dipertua PIBG,                                              ...

SKEMA PERMARKAHAN SUKANTARA

SKEMA PERMARKAHAN UKURAN/JARAK/KETINGGIAN SUKANTARA TAHAP 2 UNIT KOKORIKULUM-UNIT SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18 40200 SHAH ALAM,   SELANGOR DARUL EHSAN ACARA KELAS PENCAPAIAN MASA / JARAK / KETINGGIAN MARKAH CATATAN LONTAR PELURU LELAKI TAHUN 4 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 PEREMPUAN TAHUN 4 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 LELAKI TAHUN 5 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 PEREMPUAN TAHUN 5 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 LELAKI TAHUN 6 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 PEREMPUAN TAHUN...