Skip to main content

lawak: tukang jam pengsan


Pada suatu hari ada sorang lelaki tu tengah berlegar legar disebuah pekan. Dia jalan dari sebuah kedai kesebuah kedai yang lain. Rupanya tujuan dia nak cari kedai jam, kerana jam tangan dia rosak. Cari punya cari, akhirnya jumpa sebuah kedai jam. Maka bermula lah dailog;
Lelaki: "Apek, boleh repair saya punya jam?"
Apek: "Boleh, boleh"
Lelaki: "Tapi apek, saya mahu cepat pasal sudah dekat raya ni, hari ni boleh siap ke pek?"
Apek: "Mana boleh, esok angkat la"
Lelaki: "Tak boleh la pek, rumah saya jauh, mau datang sini pun banyak susah, tapi kalau apek boleh
bagi cepat saya bayar upah double"
Apek: "Oklah! Nanti setengah jam lu mari"
Lelaki itu pun beredar, maka si apek pun cepat cepat repair jam tu. Dia pun mula bawak jam tu ke meja tempat dia memperbaiki jam yang rosak. Lampu meja pun dinyalakan. Screw driver yang kecil-kecil memang dah tersedia disitu. Apek pun tarik bangku nak duduk. Kanta pembesar yang bulat diambil dan diletakkan dimata, dikepit antara pipi dan kening, mata lagi satu ditutup, dengan kanta mata ni, screw jam yang kecik2 pun nampak besar gajah......tiba-tiba, apek terasa nak kecing. Dia pun berdiri dan terus lari kebilik air, pintu bilik air dibuka, penutup mangkuk tandas diangkat, zip seluar dibuka, anu nya dikeluarkan untuk dihalakan ke mangkuk tandas .......... dan apek pun pengsan didalam tandas, ramai orang kat pekan datang tolong apek angkat masuk dalam ambulan, hantar pegi hospital.
Selepas beberapa jam apek pun sedar. Doktor pun
tanya:
Doktor: "Macamana boleh pengsan apek"
Apek : " Masa saya dalam tandas, saya ada nampak itu naga ada tembak air pada saya, naga banyak besar"
''''Doktor: "Apek Apek, lain kali kalau mau kencing, itu kanta kat mata tanggalkan dulu".
aku laaaaa
zul
tel.:
fax:

Comments

Popular posts from this blog

asgment mte 3105

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH) SEMESTER 3, AMBILAN JUN 2011 INSTITUT: INSTITUT PENDDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK NAME PELAJAR:   SUBJECT: STATISTIK   (MTE 3105) GROUP: AMBILAN JUN 2011 Tarikh kuatkuasa: Interaksi1 (23 Jun 2012)                              Tarikh Serahan: Interaksi ke 3 ( Ogos 2012) Pada akhir kerja kursus ini, pelajar-pelajar boleh : (i)          mencari persamaan regresi linear dengan menggunakan kaedah garis lurus kuasa dua terkecil. (ii)         melukiskan garis persamaan pada gambarajah serakan. (iii)    ...

SURAT MEMOHON SUMBANGAN PIBG

                                                                                                  Unit Kokurikulum Sek Keb Seksyen 18, Jalan Cucur 18/13, 40200 Shah Alam, Selangor. Kepada, Yang Dipertua PIBG,                                              ...

SKEMA PERMARKAHAN SUKANTARA

SKEMA PERMARKAHAN UKURAN/JARAK/KETINGGIAN SUKANTARA TAHAP 2 UNIT KOKORIKULUM-UNIT SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18 40200 SHAH ALAM,   SELANGOR DARUL EHSAN ACARA KELAS PENCAPAIAN MASA / JARAK / KETINGGIAN MARKAH CATATAN LONTAR PELURU LELAKI TAHUN 4 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 PEREMPUAN TAHUN 4 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 LELAKI TAHUN 5 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 PEREMPUAN TAHUN 5 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 LELAKI TAHUN 6 4.0m 3 3.0m 2 2.0m 1 PEREMPUAN TAHUN...